Rabu, 20 Februari 2019


            2018



 Hai semua and Assalamualaikum .


Okay this first time aku buat blog , so pardon my akward post , hahaha . Tujuan aku buat blog ni satu je sebab; aku nak share pengalaman aku yang aku rasa .

Nak ringkaskan cerita . Disember 2018 aku baru habis belajar . So aku ambik la lesen kan . Mudah sikit nak kemana . So first step kalau buat lesen akan dengar ceramah . Almost 8 hours macam tula . Kat kelas tu korang akan diajar apa yang kita selalu dengar dan lihat and jugak yang tak pernah didengar . So ambiklah masa tu untuk kita belajar betul betul . memanglah bosan sikit tapi tahan yeee hahaha . And next step ujian statistik (taktaubetulketakeja)

Kalau aku , aku tak practise guna buku kecik tu . Aku just install app dekat playstore . korang search je ujian statistik bla bla . ha nanti dia keluarlah . InsyaAllah soalan dia akan keluar lebih kurang je . And korang wajib betul 42/50 . Ujian warna wajib betul semua .

Next, kpp02 . Okay ni dia akan ajar kita RPK RSM . Ni senang je . Satu je kunci dia , mulut kau jangan macam ada emas kat dalam . kena berani bersuara . Okay jap bagi yang taktahu RPK DAN RSM .

RPK stands for Rutin Pemeriksaan Kenderaan
RSM stands for Rutin Sebelum memandu

Nak tahu lebih lanjut korang belajar sendiri yeee . heeee 😅

Lepas tu baru la aku belajar kat litar . Ni kira first time aku bawak kereta . Ha aku ambik manual . Memang selalu mati enjen la . sebab tak pandai angkat clucth slow slow . okay dearss sekalian sesiapa ambik manual kat litar kene pandai main clutch yee . terutama bukit . huhu .




2019




Dah masuk tahun baru ni , aku stay belajar lagi . sampai tengah bulan baru lah aku QTI . Okay nak cite skit . aku time belajar bawak kete viva , time QTI and TEST aku bawak Axia . Nak cerita sikit waktu QTI . Aku dahlah biasa bawak viva , nak bawak axia plokkkk . Memang kat bukit tu terundur la aku hahaha . nasib cikgu aku ada tolong sikit .

TEST JPJ 


Bermulanya kisahh sedih aku . Cehhh . Hari nak test ni debor wehhh . RPK RSM onzzz . Lepas . Nak tunggu pulak nak buat litar . Aku sesi dua weh . Orang kedua akhir kau rasaaaaa ? HAHAH tunggu sampai zohor lama sgt , aku g solat dulu doaa semuaaa . And tunggu lama sikit . No giliran kena panggil . Start enjin , slow slow naik bukit . pum pummm lepas bukit . Fuhhh legaaaa . Selekoh Z , lepas . Selekoh S , lepas . Steady aku bawak . Parking sisi , sedap sgt . aku g pusing awal . JPJ tu kata awak tengok masuk ke tak . Aku rasa muka aku waktu innoncent gila kot . aku jawab tak . dia kata free gear tarik handbreak .. Aku taktau nak nangis ke apa . terus bukak wasap , wasap mak akuuuu . Tunggu buat jalan raya pulok . Aku ambik mood dulu ... Waktu naik kete tu aku beri salam semua . buat RSM . Sebab dah petang kan dia bagi pilihan nak buat jalan mana . Dalam kete tu sembang la jugak sikit sikit . Satu je cara , kau kene jadi peramah dengan jpj tu insyallah diorang tak makan kau punyaa hahhaha . Ha nak dijadikan cerita . Galok sangat . sekali aku keluar simpang lupa gilaa do nak keluar simpamg . waktu tu pulak diam je. tetiba dia tanya kenapa tak berhenti tadi . aku cakap lupaaa hhahahhaa lawak do . Dalam hati aku habis baca doa lembutkan hati diaaa . sebab simpang last kot nak sampai dahhhh 🤣 Sampai je dia tanya , macam mana ni nak ulang dua dua ke satu je. aku selamba jawab nak ulang satu je . Dia tanya habistu kenapa tak berhenti kat simpang . Pastu terus dia bagi kertas . aku turun kereta tengok alhamdulilah dia bulat lulus . I LOVEE UUU Tuan JPJ hhaaha .


Second Test JPJ




Aku expect ulangan tak payah buat RPK RSM , tapi kene buat jugak . Cumanya buat macam tu jelah , sebab abam JPJ kata awak ulang kan mesti dah tau . Okay start kat litar niii . JENG JENG . Aku naik bukittt . Berhenti . Aku taktau kenapa aku gelbah sangat , kereta terundur sikit sekali , aku tarik handbreak . Dia bagi peluang lagi . Terundur lagiii . Peluang lagi . Terundur lagii 😒 Aku dah mempersiakan peluang yang diberi , so kene turun dari kereta . Sakitnya , lagi sakit dari putus cintaaaaa 😭💔 (PADAHALTAKPERNAHBERCINTA) . Abam JPJ u kata la , awak dah tekan minyak okay dah cuma bla bla bla . tak ingat dah sebab waktu tu aku nak nangis jeee fikir duit melayangggg


Kali ketiga Test 


Kali ni aku rasa yakin , sebab aku dah practise banyak kali . And takpayah buat RPK RSM sebab aku dah ulangan bnyak kli (BERGANTUNGPADAJPJ) . Alhamdulilah aku lepas . Aku bersyukur gilaaa . Serious aku rasa macam dapat straight A hahaha . 

Okay disini aku nak share sikit .

Aku tengok kat FB ni ada budak 4Flat share tips dia berjaya . And dia kata dia akan dengar surah Ar Rahman waktu dia study . So aku praktikkan waktu aku belajar kereta tu . Tapi kau kena yakin Allah akan bantu . Banyakkan istighfar sebab kadang kadang sebab dosa kita Allah halang kejayaan kita . Paling penting mintak maaf kat family and mintak doa . Banyakkan doa . Malam sebelum aku test tu aku ada baca status TUKAR CARA DOA;Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan."
Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.
Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".
selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...".
Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik.
Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.


Jadi sama sama kita perbaiki . InsyaAllah . Kunci doa dan sabar . Aku banyak belajar sekarang alhamdulilah .

Tu jelah yang aku nak kongsikan , mungkin boleh ambik jadi pengajaran dan mintak maaf salah silap 💚




nak tanya apa apa , silakan 💕